THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, 20 February 2011


       Saudara  baru

           (muallaf)

Disediakan untuk:
Ustaz abd aziz

Disediakan oleh:
Nur faradilla raghali
2010435672
ASD2En

Program:
As120

Tarikh serah:
23 februari 2011


  ISI  KANDUNGAN
Add caption


                           ABSTRAK

Muallaf  mempunyai  banyak  maksud  samaada  dari  segi  bahasa  dan  juga  istillah.Sarjana  juga  mempunyai  pelbagai  pendapat  mengenai  golongan  ini.Muallaf  merupakan  golongan  yang  wajib  diberikan  bimbingan  dan  juga  perlindungan  kerana  mereka  belum  mengetahui  selok belok  mengenai  agama ini  dengan  mendalam .Maka kita  sebagai  saudara  sesama  Islam  wajib  memberikan  bimbingan  dan  tunjuk  ajar  agar  golongan  ini  tidak  berada  dalam  jalan  yang  salah .Golongan  ini   mestilah  melaksanakan   segala  suruhan  dan  meninggalkan  larangan  ALLAH . Untuk  menerangkan  dengan  lebih  mendalam  mengenai  golongan  ini,sila  ke  lampiran  yang  seterusnya.

           Pendahuluan

Syukur  Alhamdulillah  atas  limpah  dan  kurniaNYA  dapat  saya  menyiapkan  tugasan   ini  pada  masanya. Sebelum  saya  memilih  untuk  menyediakan  tajuk  ini, pengetahuan  saya  mengenai  muallaf  amatlah  cetek.Namun  begitu,peluang  keemasan  yang  diberikan  , sedikit  sebanyak  mampu  menambahkan  lagi  pengetahuan  saya  mengenai   muallaf. Terima  kasih  diucapkan  pada  jiran  saya  kerana  sudi  berkongsi  cerita   mengenai  kemasukan  beliau  ke  dalam  agama   ini . Saya  berharap  tulisan  saya  ini  mampu  memberikan   kesedaran  pada  semua   orang  mengenai kisah  saudara  baru.Mereka  ini  sepatutnya  dipelihara  dan  dibimbing  agar  sentiasa  berada  dalam  landasan  Islam. Walaubagaimanapun saya  ingin  memohon  maaf  jika  ada  keterlanjuran  dalam  penulisan  saya  ini.Sesungguhnya  yang  baik  itu  datangnya  dari  Allah  dan  yang  buruk  itu  datangnya  dari  saya  sendiri.


Sekian  Terima  kasih..............................


KONSEP

          Islam adalah agama yang prihatin dan memberi jaminan kepada setiap saudara baru dan ahli keluarganya yang memeluk Islam, nasib mereka akan dibela sehinggalah mereka boleh berdikari. Apabila seseorang yang baru memeluk agama Islam, ia merupakan sesuatu perkara yang amat bermakna buat semua saudara seIslam kerana dia telah berjaya kembali ke agama fitrah. Tetapi malangnya, kebanyakan saudara kita apabila telah memeluki Islam, mereka banyak menempuh cabaran dan masalah sehingga menyukarkan mereka mengamalkan ajaran agama Islam.Oleh itu kita sebagai saudara mereka bertanggungjawab dalam membantu mereka supaya mereka menjadi umat-Nya yang mengamalkan amar makruf nahi munkar.
          Dalam hadith-hadith sahih ada mengatakan mengenai dakwah Islamlah wajib disampaikan kepada umat manusia termasuk kaum Yahudi dan Nasrani. Ini menunjukkan bahawa rasul kita Nabi Muhammad s.a.w.  juga menggalakkan kedatangan golongan saudara baru kita pada masa kini. Malahan kita sebagai umat Islam perlulah membantu mereka dari pelbagai aspek. Tidak ramai yang memahami keperluan muallaf, padahal sebagai Muslim baru, mereka memerlukan teman, tempat berlindung, dan juga pembimbing. Orang-orang yang baru saja hijrah ke dalam Islam, memerlukan teman dan sahabat yang dapat memberi sokongan moral dan perlindungan dari halangan keluarga mahupun saudara, kerana perpindahan agama bukanlah perkara yang mudah.

            Dalam pada itu tiada tempoh muktamad untuk menentukan seseorang itu berstatus muallaf. Kembali kepada maksud muallaf, iaitu mereka yang masih jinak hatinya dengan Islam, mereka layak digelar muallaf, seberapa tahun pun mereka telah masuk Islam. Malah, konsep muallaf turut mencakupi orang kafir yang sedang menunjukkan minat kepada Islam dan berjinak-jinak dengan Islam. Dengan zakat, diharapkan hatinya makin cenderung kepada Islam. Hal ini dapat kita lihat dengan merujuk kepada surah at-Taubah ayat 60 mengatakan bahawa muallaf merupakan salah seorang antara mereka yang berhak mendapat zakat

Perkataan mualaf ini ada disebut oleh Allah SWT di dalam Al-Quran melalui Surah al-Taubah ayat 60, yang bermaksud:
" Sesungguhnya sedekah-sedekah ( zakat ) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk ( dibelanjakan pada ) jalan Allah SWT, dan orang-orang musafir ( yang keputusan ) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) daripada Allah SWT. Dan (ingatlah) Allah SWT amat mengetahui lagi amat bijaksana “. 


           definisi dari segi bahasa
Dari segi bahasa, mualaf telah di definisikan sebagai orang yang diambil hatinya agar masuk Islam dan memperkuatkan keislamannya. Perkataan “mualafatu qul” yang disebut oleh masyarakat umum, membawa maksud mualaf sebagai seorang yang baru memeluk Islam dan memiliki pengetahuan yang minima mengenai Islam. Selain daripada itu, di dalam Kamus Dwibahasa (1997: 265) maksud mualaf atau Muslim Convert telah didefinisikan sebagai orang yang telah menukar agama asalnya kepada agama Islam. Daripada kesemua definisi yang telah dikemukakan, jelaslah menunujukkan bahawa dari segi bahasa, mualaf bermaksud saudara baru yang baru memeluk agama Islam


Definisi dari segi istilah
termaktub di dalam ayat 60 surah al-Taubah sebagai orang yang baru memeluk agama Islam atau orang yang baru ingin berjinak-jinak dengan agama Islam.Definisi dari segi istilah pula, perkataan mualaf merujuk kepada perkataan buhum yang


         Definisi oleh para ulama

Pengertian mualaf juga diertikan oleh golongan para ulama yang termuka. Menurut Sayyid Qutb (1985), beliau telah mentafsirkan mualaf sebagai golongan manusia yang kembali kepada Islam serta kekal dan beramal baik keislamannya. Sayyid Qutb juga berpendapat, dengan pemberian zakat ianya merupakan satu inisiatif yang dapat menyatukan hati mualaf ini, mengukuhkan serta menambahkan rasa cintanya terhadap Islam.Selain itu juga, ulama semasa yang tersohor, rawi dan al-Qardhawi ( 2001: 149 ) mentakrifkan mualaf adalah mereka yang kita jinakkan hati mereka dan galakkan mereka untuk menerima Islam atau sebagai tempat pertolongan bagi Muslimin. Rawi dan Qardhawi juga membahagikan mualaf kepada dua jenis iaitu muslim dan kafir. Mualaf Muslim ialah mereka yang telah memeluk Islam tetapi niatnya masih lemah. Pemberian zakat untuk golongan ini adalah untuk menguatkan iman mereka. Tetapi bagi mereka yang telah memeluk Islam dan niatnya telah kuat terhadap Islam dan mulia di sisi

Hak- hak muallaf
     --  Hak  untuk  mendapat  pendidikan
      -- Hak  untuk  mendapat  penjagaan  anak
      -- Hak  untuk  mewarisi  harta  pusaka
     --  Hak  untuk  mendapat  zakat



   
PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN
 1.Mempersekutukan ALLAH (Syirik) dalam ibadah. ALLAH berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya orang mempersekutukan ALLAH nescaya ALLAH akan mengharamkan syurga baginya, dan tempat tinggalnya (kelak) adalah neraka , dan tiada seorang penolong pun bagi orang-orang zalim". Diantara perbuatan syirik tersebut ialah: meminta doa dan pertolongan kepada orang-orang yang telah mati, begitu pula bernazar dan menyembelih korban demi mereka.

2.Menjadikan sesuatu sebagai perantara antara dirinya dengan ALLAH dengan meminta doa dan syafaat serta berserah diri (tawakal) kepada perantara itu.

3.Tidak mengkafirkan orang musyrik, atau ragu akan kekafiran mereka, ataupun membenarkan faham(madzab) mereka, dengan demikian ia telah kafir. 

4.Berkeyakinan bahawa selain tuntutan Nabi Muhammad saw. Itu lebih sempurna, atau berkeyakinan bahawa selain ketentuan hukum beliau itu lebih baik, sebagaimana mereka yang mengutamakan aturan-aturan manusia yang melampaui batas lagi menyimpan dari hukum ALLAH (aturan-aturan Taghut), dan mengenyampingkan hukum Rasulullah saw. Maka yang berkeyakinan seperti ini adalah kafir.
 



    SEJARAH   HIDUP




Phat  Perdchong  dilahirkan  pada  tanggal  28  September  1963 . Dilahirkan  dalam  keluarga  yang  besar  iaitu  seramai   lapan  orang  adik  beradik  dan  beliau  merupakan  anak  ketujuh . Ibu  bapa  beliau  ialah  seorang  petani  yang   hanya   menjalankan    pekerjaan  kampung  demi  menyara  kehidupan  keluarga  yang  hidup  dalam  serba   kesusahan . Beliau  ialah  penganut   agama  Buddha  yang   menetap  di  Lampang , Thailand. Memandangkan  kehidupan   keluarga  yang  susah  dan  adik  beradik  yang  ramai  maka  beliau   hanya  sempat  menikmati  alam  persekolahan  sehingga  darjah  enam  sahaja. Namun  begitu ,  beliau  masih  boleh  mengenali  huruf  dan  boleh  membaca  serta  mengira .
Selepas  berhenti  dari  alam  persekolahan ,  beliau  menjalankan  pelbagai  kerja  di  kampung  halaman  demi  mencari  sesuap  nasi  untuk  menyara  keluarga. Ibu  bapa  beliau  pada  masa  itu  sudah   tua  dan  tidak  berdaya  untuk  membanting  tulang  empat  kerat  lagi  untuk  mencari   rezeki. Maka  tugas   dan  tanggungjawab   terpaksa  dipikul  olehnya  serta  adik – beradiknya  yang  lain .Walaupun  usia  pada  ketika  itu  masih  mentah  namun  beliau  terpaksa   akur  dengan  nasib  hidup  untuk  memerah  keringat  yang  tidak  seberapa  dengan  melakukan  kerja  seperti  meniaga  di  kampung  dan  mengambil  upah   membuat   benang .
             Tahun  berganti  tahun. Usia pula  mula  melangkau  fasa  anak  gadis .  Perkenalan  dengan   seorang  jejaka  Islam  dari  Malaysia  yang  mengikut  rakannya  pada  saat  itu  untuk  bertemu  dengan  isteri  rakannya  itu   telah  menemukan  jodoh  beliau  .Isteri  teman  jejaka  tersebut  ialah  teman  baik  beliau . Mereka  mula  mengenali  diri  masing – masing  dan  saling  berkongsi  kisah  mengenai  agama  masing -  masing  dan  kehidupan . Beliau   mula  tertarik  dengan Islam  . Benar  kata  orang . Jodoh  tidak  mengenal rupa , agama , pangkat  dan  darjat . Jodoh  sudah  tersurat  sejak   di  lohmahfuz  lagi  dan  hanya  Allah  yang  Maha  Mengetahui . Perasaan  yang  pada  mulanya  hanyalah  seorang  rakan  telah  bertukar  kepada  perasaan  sayang  dan  seterusnya  mereka  mengambil  keputusan  untuk  mendirikan    rumahtangga. Kegembiraan  untuk  memulakan  fasa  baru  dalam  hidup  bertambah  lagi  apabila  tiada  halangan  daripada  kedua -  dua  belah  pihak  samaada  pihak  lelaki  mahupun  perempuan .Maka  pada   tanggal  20  Disember  1987  beliau  mengucapkan  kalimah  syahadah  dan  bermulalah  satu  kehidupan  baru  dalam   hidup  beliau  sebagai  seorang  muslimah  yang  percaya  kepada  agama  Islam .Hanya  Allah  sahaja  yang  tahu  perasaan  beliau  pada  masa  itu .Kasyukuran  dipanjatkan  kehadrat  Illahi  dengan  memeberikannya  hidayah  untuk  menjadi  sebahagian  penganut  agama  yang  syumul  ini .  Nama  beliau  juga  telah  ditukarkan  kepada  agama   Islam  iaitu  Norliza  bt  Abdullah . Beliau  dan  suaminya , Ibrahim b Senawi  telah  diijabkabulkan   di  Hatyai  dan  seterusnya  majlis  disambut  pula  di  sebelah   pihak   lelaki. Keluarga  mentua  turut  menerima  kedatangan  menantu  baru  malah  saudara  baru  dalam  keluarga  mereka  dengan  hati  yang  terbuka .
            Suami   beliau  turut  bertanggungjawab  menghantar  dan  mendaftar   beliau  di   PERKIM  untuk  beliau  belajar  dengan  lebih  mendalam  mengenai  selok  belok  ilmu  dalam  Islam . Di sana ,  beliau  diajar  tentang  perkara – perkara  fardhu  ain  dan  juga  fardhu  kifayah . Apabila   ditanya  tentang  perasaan  setelah  memeluk  Islam , beliau  dengan  tenang  dan  sambil  tersenyum  berkata  bahawa  Islam  banyak  melakukan  perubahan  dalam  hidupnya  ke arah  yang  lebih  baik .Islam  mengajar  umatnya  berdisiplin   dengan  adanya  doa  sebelum  melakukan  sesuatu  perkara . Islam  juga  mendidik  penganutnya  menjaga  cara  berpakaian  demi  keselamatan  dan   maruah  manusia . Beliau  juga  turut  berasa  tenang  setelah memeluk  dan  mengenali  agama  ini  dengan lebih  mendalam . Kehidupannya  juga  lebih  senang  setelah  memeluk  Islam  atas  kurniaan  rezeki –NYA.
                  Beliau  turut  menceritakan  pengalaman  beliau  tentang  Islam. Beliau  berasa  sungguh  seronok  dalam mengerjakan solat  kerana  itu  mampu  menjadikan  kita lebih sihat, berdisiplin  dan  yang  paling  penting  sentiasa   ingat   kepada   pencipta  kita , ALLAH . Beliau  turut  berkongsi pengalaman  beliau  tentang  cara  beliau mengaplikasikan kehidupan  seorang  muslim pada  permulaan  memeluk  Islam  , iaitu   tentang   cara   mengingati  doa – doa  dengan  menampal  setiap  doa  dimana – mana  sahaja  supaya  beliau  dapat  membaca  dan  menghafal  segala  doa  dengan  mudah . Beliau  juga  turut  menceritakan tentang  pengalaman  puasa  pada  waktu   pertama   kali   bergelar  muslim . Pada  mulanya, beliau  berasa  sangat  susah  untuk  melakukan   ini  semua  memandangkan  ia   adalah   pengalaman  pertama .Namun  berkat  kesabaran  beliau  dan  sokongan  suami ,  beliau  dapat  juga menjalankan  rukun  islam  yang  ketiga  itu  dengan  jayanya.
            Hasil   perkongsian  hidup  bersama  suami  tercinta ,  mereka  dikurniakan  dua  orang  puteri  dan  seorang  putera , iaitu  Nur  Hafizah(22) , Aslan(19)  dan  Nur  Aina (16). Beliau  pernah  mengikut   suami  beliau  yang  pada  masa  itu  berkhidmat  dengan  syarikat  Telekom  Malaysia  untuk  bekerja   di  Langkawi   ketika  usia  anak  bongsu  beliau   masih  kecil .Di  sana  beliau  meniaga  kuih – muih  yang  dihantar  ke  sekolah -  sekolah  untuk  membantu  meringankan  beban  suaminya.Setelah  suaminya  bersara , beliau  pulang  semula  ke  Perlis  namun   masih  tetap  meniaga  kecil – kecilan  memandangkan   anak – anaknya   masih   belajar .Beliau  juga  sudah  mendapat  pengiktirafan  sebagai  warganegara  Malaysia .
            Beliau  turut  mengatakan  bahawa  kegiatan  yang  dianjurkan  PERKIM  amat  menyeronokkan  kerana  setiap  tahun  PERKIM  akan  mengadakan  rombongan  untuk   melawat  jabatan  ini  di  tempat  lain .Hal  ini  sekali  gus  dapat  mereka  (saudara  baru ) ini   berkenalan  dengan  ramai  orang   dan  tidak  merasakan  mereka  disisihkan .Jabatan  ini  juga  turut  memberi  imbuhan  bagi  anak –anak  saudara  baru  ini  yang  cemerlang  dalam  pelajaran  atau  dapat  melanjutkan   pelajaran  ke   peringkat  yang  lebih  tinggi. Di  samping  itu , jabatan  ini  turut  memberikan  bantuan  kewangan  sekiranya   saudara – saudara   baru  ini  mempunyai  masalah  dari  segi  kewangan . Mereka  juga  turut  meghulurkan  bantuan  setiap  kali   sambutan  perayaan  kepada  para  mualaff.     
            Beliau  turut  berasa  gembira  kerana  sepupu  beliau  turut  diberikan  nur  untuk  menganut  agama  yang  indah  ini  setelah  beliau   memeluk   Islam . Beliau  jarang  pulang  ke  negara  asalnya  memandangkan  sudah  tiada  sesiapa  lagi  disana  kerana  kedua – dua  orang  tuanya  telah   tiada  lagi.Namun  hubungan  kekeluargaan  masih  utuh  terjalin  kerana  adik  beradiknya   pasti  akan  datang   menjenguk  beliau  dan  keluarga  di   Malaysia.

                                    PENUTUP

 Setelah bertungkus lumus menyiapkan kertas kerja ini , saya  berasa  berpuas hati dengan hasil kerja saya ini . Saya telah memperolehi pelbagai info mengenai saudara baru ini  diman a pengetahuan  saya  mengenai  isu  ini  sebelum  ini  tidaklah  seberapa . Saudara baru ialah orang yang patut diberikan perlindungan agar mereka berasa selamat menganut agama ini dan juga perlu sentiasa dibimbing untuk terus berada pada landasn yang benar .Iman mereka perlu dikukuhkan lagi agar tidak mudah terpedaya dengan tipu helah syaitan dan keseronokan duniawi .
Apabila seseorang itu mengucapkan kalimah syahadah , maka secara tidak langsung , dia sudah menjadi Islam . Maka dengan itu , terletak tanggungjawab dibahu mereka seperti mana penganut agama Islam yang lain .Jadi , mereka perlulah bertaqwa haya kepada Allah SWT sahaja  dengan cara melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-NYA .Oleh itu , menjadi tanggungjawab semua umat Islam untuk menolong saudara baru ini agar mereka berasa gembira memeluk agama ini .Hak mereka juga tidak perlulah dipandang remeh kerana mereka juga mempunyai hati dan perasaan seperti makhluk lain .
Akhir kata ,saudara baru ini perlulah dijaga dan dibimbing dan masyarakat pula jangan lah memandang rendah kepada mereka .Semoga kehidupan saudara-saudara baru ini mendapat  keredhaan  dan rahmat dari Illahi .
WASSALAM...........................................................................
            



            RUJUKAN

·        NORLIZA BT ABDULLAH, PERLIS, TAMAN KEMAJUAN.
·        KAMUS DEWAN,KUALA LUMPUR:DEWAN BAHASA DAN PUSAKA